WeLCoMe To RieZ CoRNeR
Thanks you for spent your time visiting my cornerz... Enjoyzzz...:-)
Sabtu, 5 November 2011
Dgn Alex Raja Lawak @ Eastern Plaza,Tawau

Sempat pose bersama dgn Alex Raja Lawak di Eastern Plaza,Tawau.
Dialog di antara kami berdua ketika itu :
Alex : Tingginye ba ko ini..setinggi pokok klapa
Aku : Ko pulak mcm bulldozer je aku tgk...
Alex : Ndak ba,saya gurau saja sama kamu. Jgn marah ba kamu
Aku : Saya pun bergurau jgk ba..haha..saya ni pminat kamu..
Ndak bergambar sama kamu ba ini, bley???
Alex : =)
(^-^)
Ahad, 9 Oktober 2011
Liga PES Edisi 1 2011

Kejohanan Liga PES Edisi 1 berakhir dimana Jerman muncul sebagai juara mengalahkan Sepanyol 2-0 manakala tempat ketiga disandang oleh Portugal setelah menewaskan Russia 2-1. Syabas kepada semua team yg mengambil bahagian pada edisi kali pertama dengan mempamerkan saingan sengit dan fair play...semoga berjumpa lagi pada edisi ke-2.
Sabtu, 17 September 2011
Majlis Merdeka Raya SMK Sukau 2011
Pengerusi berucap mengalu-alukan kedatangan rombongan dengan serangkap pantun
"SMK Sukau nama diberi,
Didatangi oleh Elopura Bestari,
Bersama kita bersatu hati,
Syawal dirai merdeka dihayati."
Majlis Merdeka Raya SMK Sukau 2011 berlangsung dalam
suasana yg meriah di Dewan Serbaguna SMK Sukau pada 15 September yg lalu.
Program yg diadakan pada kali ini agak meriah kerana buat julung-julung kalinya di datangi
oleh rombongan daripada SMK Elopura Bestari.
Majlis dirasmikan oleh YDP PIBG, En Azahari Hj Rangon dan
dihadiri oleh ahli-ahli PIBG yg lain.Pelbagai persembahan disediakan seperti
Koir Merdeka, Tarian 1 Malaysia, Sajak Kemerdekaan, Sketsa Merdeka & Karaoke Aidilfitri.
Majlis tamat pada pukul 12.30 tghri. Pengerusi majlis mengucapkan
ribuan terima kasih kepada mereka yg terlibat menjayakan Majlis Merdeka Raya kali ini. Sekian, Bersama SEMAKIN Meningkat.
Ahad, 11 September 2011
Majlis Merdeka Raya 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-54 dan sambutan Hari Raya Aidilfitri diadakan
serentak pada 15 September 2011 bersamaan dengan 17 Syawal 1432 H di SMK Sukau.
Sambutan kali ini dijangkakan lebih meriah dengan kedatangan rombongan dari
SMK Elopura Bestari seramai 80 orang (10 guru + 70 pelajar asrama). Majlis ini akan dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Sukau, En Azahari.
Acara yg dipertandingkan : Kelas Patriotik, Kuiz Kemerdekaan, Anugerah Guru/KTBM Patriotik & Kenderaan Berhias (berhias kah kereta aku di bawah ini ???)
Tuan Pengerusi juga turut serta dalam pertandingan
Kenderaan Berhias pada majlis tersebut di mana pemenang tempat pertama
dalam acara tersebut jatuh kepada Kak Noor...Tahniah =)
P/s : Semoga majlis ini berjalan dgn lancar..Amin
Terima kasih kepada semua AJK yang bersusah-payah untuk menjayakan majlis itu nanti, ikhlas dari Pengarah Program...=)
serentak pada 15 September 2011 bersamaan dengan 17 Syawal 1432 H di SMK Sukau.
Sambutan kali ini dijangkakan lebih meriah dengan kedatangan rombongan dari
SMK Elopura Bestari seramai 80 orang (10 guru + 70 pelajar asrama). Majlis ini akan dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Sukau, En Azahari.
Acara yg dipertandingkan : Kelas Patriotik, Kuiz Kemerdekaan, Anugerah Guru/KTBM Patriotik & Kenderaan Berhias (berhias kah kereta aku di bawah ini ???)
Kenderaan Berhias pada majlis tersebut di mana pemenang tempat pertama
dalam acara tersebut jatuh kepada Kak Noor...Tahniah =)
P/s : Semoga majlis ini berjalan dgn lancar..Amin
Terima kasih kepada semua AJK yang bersusah-payah untuk menjayakan majlis itu nanti, ikhlas dari Pengarah Program...=)
Isnin, 5 September 2011
AiDiLFiTRi 2011
Ahad, 21 Ogos 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Tinggal 9 hari sahaja lagi, umat Islam akan menyambut
Hari Raya Aidilfitri. Dikesempatan ini, penulis menyusun 10 jari memohon
ampun dan maaf sekiranya ada yang terkasar bahasa tanpa disedari.
Berhati-hati di jalan raya semasa pulang ke kampung utk berhari raya dgn mematuhi
segala peraturan dan undang-undang jalan raya yang sedia ada...
Semoga Aidilfitri yang bakal tiba akan menceriakan hidup kita semua.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin"
Ahad, 24 Julai 2011
-Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak-

Seminggu dari skrg, umat Islam seluruh dunia akan menyambut
kedatangan bulan penuh rahmat dan keberkatan, iaitu Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga dengan kedatangan bulan yg penuh keberkatan ini, marilah kita
sama-sama memanfaatkannnya dengan memperbanyakkan amal ibadah kita.
Penulis juga mengucapkan Salam Ramadhan khas kepada semua yg beragama Islam
di Malaysia.
Selamat Berpuasa.
Selasa, 7 Jun 2011
Selamat Pengantin Baru
Bila musim cuti sekolah tiba, maka kenduri-kendara
bnyk yg tiba...Maklumla,time cuti sekolah inilah smuanye mngambil kesempatan dan ruang
utk mengadakan majlis perkahwinan masing-masing...Jadi, di kesempatan ini penulis nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat semua kengkawan tidak kira kawan2 di SKSI3, SIC,SESMA, KMPh,UPSI,SMKS dan yg mngenali diri ini...
Semoga Berbahagia ke akhir hayat...Amin
Khamis, 2 Jun 2011
Barisan Pendidik SMKS

Buat pertama kalinya, SMK Sukau akan menerbitkan majalah
sekolah edisi pertama yang dijangkakan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2011.
Dengan barisan editor yang berpengalaman dan diketuai oleh Mr Tung, harapan penulis agar
majalah edisi sulung ini akan diterima baik oleh semua.
"Bersama SEMAKIN Meningkat"
sekolah edisi pertama yang dijangkakan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2011.
Dengan barisan editor yang berpengalaman dan diketuai oleh Mr Tung, harapan penulis agar
majalah edisi sulung ini akan diterima baik oleh semua.
"Bersama SEMAKIN Meningkat"
Hobi Baru
Ahad, 3 April 2011
The Red Warriors

Bersama Mail dan Yuz menyaksikan perlawanan bola sepak di antara TRW menentang
Felda United pada saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV
dimana pada perlawanan tersebut, TRW terikat 2 - 2
dengan Felda United manakala pada saingan suku akhir kedua yang juga diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV gara-gara teknikal stadium Felda United, TRW menang 3 - 0. Keputusan akhirnya, TRW menang dengan agregat 5 - 2 ...
Di separuh akhir nanti, TRW akan berjumpa Selangor (Red Giant)
manakala untuk satu lagi saingan Terengganu berjumpa Pahang.
Keputusan perlawanan separuh akhir Piala FA :
TRW menewaskan TRG dengan aggregat 6-2 manakala
Terengganu menewaskan Pahang dengan aggregat 5-2.
FINAL PIALA FA
menemukan 2 jaguh pantai timur iaitu TRW & Terengganu
yang akan berlangsung pada 11 Jun nanti...
"Gomo Kelate Gomo".
Langgan:
Catatan (Atom)




