WeLCoMe To RieZ CoRNeR

Thanks you for spent your time visiting my cornerz... Enjoyzzz...:-)

Ahad, 9 Oktober 2011

Liga PES Edisi 1 2011


Kejohanan Liga PES Edisi 1 berakhir dimana Jerman muncul sebagai juara mengalahkan Sepanyol 2-0 manakala tempat ketiga disandang oleh Portugal setelah menewaskan Russia 2-1. Syabas kepada semua team yg mengambil bahagian pada edisi kali pertama dengan mempamerkan saingan sengit dan fair play...semoga berjumpa lagi pada edisi ke-2.

-JaWaTaN KoSoNg-


Ingatan utk semua...solat 5x sehari semalam...
Jangan lupa ye kawan-kawan..
Sekadar renungan utk kita semua.

Sabtu, 17 September 2011

Majlis Merdeka Raya SMK Sukau 2011


Pengerusi berucap mengalu-alukan kedatangan rombongan dengan serangkap pantun
"SMK Sukau nama diberi,
Didatangi oleh Elopura Bestari,
Bersama kita bersatu hati,
Syawal dirai merdeka dihayati."


Majlis Merdeka Raya SMK Sukau 2011 berlangsung dalam
suasana yg meriah di Dewan Serbaguna SMK Sukau pada 15 September yg lalu.
Program yg diadakan pada kali ini agak meriah kerana buat julung-julung kalinya di datangi
oleh rombongan daripada SMK Elopura Bestari.
Majlis dirasmikan oleh YDP PIBG, En Azahari Hj Rangon dan
dihadiri oleh ahli-ahli PIBG yg lain.Pelbagai persembahan disediakan seperti
Koir Merdeka, Tarian 1 Malaysia, Sajak Kemerdekaan, Sketsa Merdeka & Karaoke Aidilfitri.
Majlis tamat pada pukul 12.30 tghri. Pengerusi majlis mengucapkan
ribuan terima kasih kepada mereka yg terlibat menjayakan Majlis Merdeka Raya kali ini. Sekian, Bersama SEMAKIN Meningkat.




Ahad, 11 September 2011

Majlis Merdeka Raya 2011


Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-54 dan sambutan Hari Raya Aidilfitri diadakan
serentak pada 15 September 2011 bersamaan dengan 17 Syawal 1432 H di SMK Sukau.
Sambutan kali ini dijangkakan lebih meriah dengan kedatangan rombongan dari
SMK Elopura Bestari seramai 80 orang (10 guru + 70 pelajar asrama). Majlis ini akan dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Sukau, En Azahari.
Acara yg dipertandingkan : Kelas Patriotik, Kuiz Kemerdekaan, Anugerah Guru/KTBM Patriotik & Kenderaan Berhias (berhias kah kereta aku di bawah ini ???)


Tuan Pengerusi juga turut serta dalam pertandingan
Kenderaan Berhias pada majlis tersebut di mana pemenang tempat pertama
dalam acara tersebut jatuh kepada Kak Noor...Tahniah =)

P/s : Semoga majlis ini berjalan dgn lancar..Amin
Terima kasih kepada semua AJK yang bersusah-payah untuk menjayakan majlis itu nanti, ikhlas dari Pengarah Program...=)


Isnin, 5 September 2011

AiDiLFiTRi 2011


Seminggu bercuti di kampung bersama keluarga tersayang & insan tersayang
bagi merayakan Hari Raya Aidilfitri 2011 sungguh cepat berlalu.
Sekarang sudah mula kembali bertugas...
P/s : kepada kwn2 semua, maaf xsmpt dtg beraya di rumah korg
¨SaLaM AiDiLFiTRi , maaf zahir & batin¨.


Ahad, 21 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Tinggal 9 hari sahaja lagi, umat Islam akan menyambut
Hari Raya Aidilfitri. Dikesempatan ini, penulis menyusun 10 jari memohon
ampun dan maaf sekiranya ada yang terkasar bahasa tanpa disedari.
Berhati-hati di jalan raya semasa pulang ke kampung utk berhari raya dgn mematuhi
segala peraturan dan undang-undang jalan raya yang sedia ada...
Semoga Aidilfitri yang bakal tiba akan menceriakan hidup kita semua.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin"

Ahad, 24 Julai 2011

-Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak-


Seminggu dari skrg, umat Islam seluruh dunia akan menyambut
kedatangan bulan penuh rahmat dan keberkatan, iaitu Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga dengan kedatangan bulan yg penuh keberkatan ini, marilah kita
sama-sama memanfaatkannnya dengan memperbanyakkan amal ibadah kita.
Penulis juga mengucapkan Salam Ramadhan khas kepada semua yg beragama Islam
di Malaysia.
Selamat Berpuasa.


The Red Warriors Juara Liga Super 2011


Tahniah kepada pasukan Kelantan @ TRW di atas
kejayaan muncul juara Liga Super Malaysia 2011.
Diharapkan TRW dapat mengekalkan kejuaraan ini pada
musim hadapan pula.Pastikan
Piala Malaysia pula dalam genggaman nanti..
"Gomo Kelate Gomo"

Selasa, 7 Jun 2011

Selamat Pengantin Baru


Bila musim cuti sekolah tiba, maka kenduri-kendara
bnyk yg tiba...Maklumla,time cuti sekolah inilah smuanye mngambil kesempatan dan ruang
utk mengadakan majlis perkahwinan masing-masing...Jadi, di kesempatan ini penulis nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat semua kengkawan tidak kira kawan2 di SKSI3, SIC,SESMA, KMPh,UPSI,SMKS dan yg mngenali diri ini...
Semoga Berbahagia ke akhir hayat...Amin

Khamis, 2 Jun 2011

Barisan Pendidik SMKS





Buat pertama kalinya, SMK Sukau akan menerbitkan majalah
sekolah edisi pertama yang dijangkakan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2011.
Dengan barisan editor yang berpengalaman dan diketuai oleh Mr Tung, harapan penulis agar
majalah edisi sulung ini akan diterima baik oleh semua.
"Bersama SEMAKIN Meningkat"



Hobi Baru



RC drift car???
Hobi baru aku ke ini???haha...sesaje je nak beralih angin sikit..
Baru try berjinak2 dgn RC drifting ni..kalau nak main touring, blnja besar beb...
tp kalau stakat drifting kecil-kecilan, tiada masalah kot...
Gua bercadang nak tubuhkan club RC Sukau la nnti..ada bran ka gengz???

Ahad, 3 April 2011

The Red Warriors


Bersama Mail dan Yuz menyaksikan perlawanan bola sepak di antara TRW menentang
Felda United pada saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV
dimana pada perlawanan tersebut, TRW terikat 2 - 2
dengan Felda United manakala pada saingan suku akhir kedua yang juga diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV gara-gara teknikal stadium Felda United, TRW menang 3 - 0. Keputusan akhirnya, TRW menang dengan agregat 5 - 2 ...
Di separuh akhir nanti, TRW akan berjumpa Selangor (Red Giant)
manakala untuk satu lagi saingan Terengganu berjumpa Pahang.

Keputusan perlawanan separuh akhir Piala FA :
TRW menewaskan TRG dengan aggregat 6-2 manakala
Terengganu menewaskan Pahang dengan aggregat 5-2.

FINAL PIALA FA

menemukan 2 jaguh pantai timur iaitu TRW & Terengganu
yang akan berlangsung pada 11 Jun nanti...
"Gomo Kelate Gomo".


Isnin, 14 Mac 2011

MSS Bahagian Sandakan


Kejohanan Bola Sepak B-15 MSS Bahagian Sandakan yang
berlangsung pada 9 dan 10 March 2011 di padang SMK Sri Lamag menyaksikan
MSSD Kinabatangan muncul juara pada kejohanan tersebut...
Berikut merupakan keputusan perlawanan pada edisi kali ini:
MSSD Kinabatangan (5) vs MSSD Beluran (0)
MSSD Kinabatangan (2) vs MSSD Telupid (1)
MSSD Kinabatangan (6) vs MSSD Sandakan (1)
Syabas dan tahniah kepada MSSD Kinabatangan...

Sabtu, 26 Februari 2011

-Sukau FC-


Sukau FC???
Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 MSSD Kinabatangan telah
berlangsung di SK Paris pada 16-18 Februari yg lalu dimana
SMK Sukau telah mnghantar seramai 18 org pemain untuk beraksi
pada kejohanan tersebut.Walaupun ini merupakan kali pertama
Sukau mnghntr team bolanya, namun telah mndatangkan hasil yg cukup
membanggakan dimana telah muncul sebagai Naib Juara pada kejohanan tersebut...
Tahniah kepada Sukau FC diatas kejayaan tersebut.
"Bersama SEMAKIN Meningkat"

Rabu, 2 Februari 2011

-GonG Xi Fa Cai-


Selamat mnyambut Tahun Baru Cina khas kepada
kawan-kawan yg berbangsa cina di Malaysia...
Jgn lupa bg angpow n limau sekotak deh..
"Gong Xi Fa Cai"